G25 Golongan Yang Keliru Agama Islam – Shafik

KUALA LUMPUR – Kumpulan bekas penjawat awam, G25 disifatkan sebagai golongan yang keliru mengenai agama Islam serta kedudukannya yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

 

Wakil Pahang, Datuk Shafik Fauzan Sharif (gambar kecil, kanan) berkata, agama Islam Datuk Shafik Fauzan Sharifmerangkumi cara hidup masyarakat secara menyeluruh bukannya melibatkan upacara atau pengisian acara dalam majlis-majlis tertentu.

 

Katanya, perjuangan UMNO telah memastikan agama Islam dapat terus dimartabatkan sehingga pelbagai kejayaan dapat dicapai termasuk dalam menegakkan undang-undang syariah dan menjadikan Malaysia antara hab kewangan Islam tersohor.

 

“Negara sudah merdeka 58 tahun, malangnya, masih ramai yang tidak tahu kedaulatan Islam, lebih mendukacitakan, ramai yang se­nada dengan kumpulan G25 serta Comango (Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia).

 

“Mereka menganggap negara ini mengamalkan demokrasi sekular sedangkan tiada langsung sepatah pun istilah sekular dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung UMNO semalam.

 

Sementara itu, seluruh ahli UMNO digesa menghayati pantun lama Melayu yang berbunyi ‘Pucuk pauh delima batu, anak sembilang di tapak tangan, walaupun jauh beribu batu, hilang di mata, di hati jangan’ dalam meneruskan keta­atan kepada pemimpin sekaligus memartabatkan perjuangan parti dan negara. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.