VIDEO: Penumpang China Mengamuk Dalam Pesawat AirAsia

Bangkok – Sebuah pesawat yang dalam penerbangan ke China, terpaksa berpatah balik ke Bangkok, susulan tindakan seorang penumpang mencederakan seorang pramugari dalam pesawat itu.

Thai AirAsia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, seorang penumpang warga China yang menaiki pesawat sewa khas dalam perjalanan ke Nanjing, pada petang Khamis itu, bertindak mengherdik seorang pramugari, sebelum menyimbah air panas ke arahnya.

Susulan itu, kru lain segera memberi bantuan kecemasan kepada pramugari itu, sementara pesawat berkenaan berpatah balik ke Bangkok dan menurunkan penumpang itu bersama tiga rakannya.

Menurut kenyataan itu, perbincangan antara kru dan empat penumpang itu, di pejabat syarikat penerbangan berkenaan, berjaya menyelesaikan masalah dengan damai.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan jika empat penumpang itu dibenarkan menaiki pesawat berkenaan yang kemudiannya berlepas ke China.

 

Baca: Pesawat AirAsia Patah Balik, Penumpang Simbah Air Panas Ke Muka Pramugari

 

Thai AirAsia 3

One thought on “VIDEO: Penumpang China Mengamuk Dalam Pesawat AirAsia

  • December 15, 2014 at 12:00 am
    Permalink

    kadang2 kesian jugak kes mcm ni tp kena tgk jgklah apa kslhn memasing…contoh macam tahun sudah sy dgn mak ayah sy balik dr indonesia, pramugara tu tak nak terima duit malaysia sewaktu ayah sy nk beli mineral water dlm tu sebab sakit kepala mestilah nak makan ubat, kemudian ayah adalah tinggi sikit suara tapi xderlah maki. Yerlah pramugara tu pun satu,dah ayah saya sakit kepala nak beli mineral xmau trima duit malaysia pulak. Bila tgk ayah saya mcm tu terus dia bagi free mineral tu..so kesimpulan dia kena ada tolak ansur antara satu sama lain…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.