VIDEO: Kerana Kacang, CEO Korean Airline Terpaksa Mohon Maaf

Seoul – Ketua Pegawai Eksekutif Korean Air Lines, Cho Yang-Ho memohon maaf kepada rakyat negara itu di atas tindakan melampau anak perempuannya dalam penerbangan dari New York ke Seoul.

Dalam kejadian itu, Heather Cho telah memerintahkan juruterbang untuk kembali ke terminal selepas dia diberikan kacang di dalam plastik dan bukannya di atas piring.

Tindakan Heather itu telah menyebabkan penerbangan itu tiba 11 minit lewat di Seoul.

Heather yang juga Ketua Perkhidmatan Kabin dan duduk di kelas pertama dilaporkan berang dengan layanan kru kabin itu sebelum pesawat berlepas.

Dia kemudiannya mengarahkan pesawat berpatah balik ke terminal di Lapangan Terbang John F. Kennedy dan menghalau kru berkenaan.

“Saya akan memohon maaf daripada kru terbabit. (Adakah anda akan lakukannya sendiri?) Ya. (Anda mengundurkan diri dari pengurusan, apa perancangan selepas ini?) Saya telah meletak jawatan, tiada perancangan lagi. Saya akan menarik diri dari jawatan pengurusan,” kata Heather pada sidang media.

Permohonan maaf itu dibuat Cho selepas menimbulkan kemarahan rakyat Korea Selatan susulan tindakannya itu. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.