Tunku Jalil Selamat Jalani Pembedahan – MB Johor

Johor Baharu – Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan di sebuah hospital pakar di Guangzhou, China dan kini berada dalam keadaan stabil.

Menurut Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, Tunku Abdul Jalil dijangka pulang dalam masa terdekat dan akan menerima rawatan susulan di negara ini.

Abdul Rahim berkata Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melahirkan kesyukuran atas rawatan berkenaan dan mengucapkan terima kepada kerajaan, rakyat serta semua pihak yang sentiasa mendoakan kesihatan Tunku Abdul Jalil.

Beliau berkata Sultan Johor turut berterima kasih kepada pasukan doktor dan pakar yang melakukan rawatan tersebut.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin menerusi satu kenyataan hari ini berkata, baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat jelata yang mendoakan kesejahteraan anakandanya.

“Baginda turut menyampaikan salam kepada seluruh rakyat dan akan pulang ke negeri Johor sedikit masa lagi.

“Justeru sebagai Menteri Besar, saya menyeru kepada semua rakyat Johor agar terus mendoakan supaya Tunku Abdul Jalil kembali sihat seperti biasa,“ ujar Khaled.

Tunku Jalil dijangka pulang dalam masa terdekat bagi mendapatkan rawatan susulan di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.