Peragut ‘I Am Hero’ Tumpas

Miri – Seorang peragut yang memakai baju-T bertulis I Am Hero tumpas di tangan orang awam ketika cuba melarikan diri selepas meragut beg tangan seorang wanita di Pusat Komersial Centre Point di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 1.15 petang itu, lelaki berusia lingkungan 20-an tersebut telah melarikan diri sejauh 500 meter sehingga ke Jalan Kubu di sini sebelum bertindak terjun ke dalam longkang untuk meloloskan diri.

Bagaimanapun, tindakan suspek yang terjun ke dalam longkang konkrit sedalam kira-kira tiga meter itu hanya sia-sia apabila dia akhirnya ditangkap dan tangannya diikat oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, sebelum itu, mangsa, Naomi Wong, 45, sedang menikmati makan tengah hari bersama suami dan dua anak perempuannya di sebuah kedai di pusat komersial tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.