Pembunuh Bersiri Mengaku Bunuh 42 Orang Hanya Kerana Suka-Suka

Brazil – Seorang pembunuh bersiri mengejutkan rakyat negara ini apabila membuat pengakuan membunuh 42 orang hanya untuk suka-suka sejak 10 tahun lalu.

Sailson Jose das Gracas ditahan pihak berkuasa di Rio de Janeiro, pada Khamis selepas memberitahu pihak media mengenai keseronokannya membunuh kesemua mangsa.

Dia juga menceritakan apa yang dilakukannya sebelum bertindak menamatkan nyawa mangsanya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan usia.

“Saya akan kaji sedikit sebanyak tentang diri mangsa selama berbulan-bulan dan akan tunggu masa sesuai untuk pecah masuk ke rumah mangsa dan bunuh mereka,” katanya.

Berusia 26 tahun, das Gracas berkata, dia mula membunuh ketika berusia 17 tahun dan sehingga kini telah membunuh 38 wanita, tiga lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.