Nurul, Baliklah Sayang Kesian Pada Mak Yang Sakit

Kudat – Sulena Suliaman, 45 ibu kepada Nurul Asfararieyzzza binti Ashim, 15 merayu agar anak perempuanya itu segera pulang ke rumah setelah dilaporkan hilang kerana tidak pulang ke rumah sejak semalam.

Menurut Sulena sebelum kejadian tersebut, anaknya itu dilaporkan telah menerima beberapa panggilan telefon dari seorang individu yang tidak dikenali dan tidak lama selepas itu dia dikatakan keluar dan tidak pulang sehingga ke hari ini.

Sulena ketika menghubungi SuaraTV sebentar tadi merayu kepada anaknya itu agar tidak melarikan diri kerana ia bukanlah jalan penyelesaian kepada masalah.

“Baliklah sayang, kesianlah dekat mak yang sakit ini.. janganlah buat kami risau.

“Sekiranya ada dikalangan ahli keluarga yang membuatkan kamu sakit hati, maklumlah kepada mak tapi jangan lari dari rumah kerana itu bukan jalan penyelesaian” ujarnya sambil menangis.

Sementara itu Muhammad Anifah Ashim, abang kepada remaja yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Lok Yok itu memberitahu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pekan Kudat semalam dan meminta jasa baik orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan adiknya itu.

“Kepada mereka-mereka yang mempunyai maklumat mengenai Nurul, mohon menghubungi saya di talian 019-7876561 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

“Kepada adik saya (Nurul), baliklah” ujarnya pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.