Malaysia Jadi Pilihan Pelarian Rohingya

New York – Aliran keluar pelarian dari Teluk Benggala memuncak pada bulan Oktober dan untuk tahun ini sahaja 21,000 Rohingya dan warga Bangladesh dilapor belayar menuju Asia Tenggara.

Malaysia dan Thailand adalah destinasi pilihan pa­ling disukai pelarian-pelarian ini.

Jurucakap Suruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR), William Spindler pada majlis taklimat akhbar baru-baru ini berkata, perangkaan itu termasuk peningkatan 37 peratus untuk tempoh yang sama tahun lepas.

Daripada jumlah itu, kira-kira 10 peratus dipercayai kaum wanita sementara kira-kira satu pertiga pelarian yang ditemu bual oleh UNHCR di Thailand dan Malaysia berumur bawah 18 tahun.

“Aliran keluar pelarian dari Teluk Benggala memuncak pada bulan Oktober apabila laut kurang bergelora selepas berakhirnya musim hujan,” jelas Spindler sambil menambah, jumlah aliran keluar pelarian pada Oktober tahun ini meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.