Kepulangan Skuad Harimau Malaya Disambut Meriah

Kuala Lumpur – Setelah berjaya mengatasi Vietnam dalam perlawanan separuh akhir kedua semalam di Stadium My Dinh, Hanoi, hari ini pasukan bola sepak negara Harimau Malaya pulang ke tanah air.

Pasukan negara itu hari ini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6:50 petang menaiki pesawat Malaysia Airlines diiringi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Manakala kumpulan kedua tiba pada jam 7:50 petang menaiki pesawat Vietnam Airlines.

Bagaimanapun, tinjauan Astro AWANI mendapati tidak ramai penyokong yang menunggu kepulangan skuad negara sebentar tadi.

Namun, setelah mereka tiba, orang ramai yang kebetulan berada di KLIA mula mengerumuni dan bersorak meriah.

Pada Khamis, Harimau Malaya menang 4-2 menewaskan Vietnam pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014.

Kemenangan bermaruah di kubu lawan ini membolehkan skuad bimbingan Dollah Salleh mara ke final dengan agregat 5-4. – AstroAwani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.