Katil Pangung Wayang, Menonton Filem Sambil Baring

Moscow – Sebuah syarikat perabot terkenal mengambil alih sebuah pawagam di Moscow, bagi membolehkan kaki wayang merasai kelainan, bagaikan menghadiri sebuah parti tidur atau lebih dikenali sebagai slumber party.

Syarikat perabot gergasi Sweden, IKEA bertindak menggantikan kerusi di Pawagam Kimostar De Lux dalam sebuah pusat beli-belah di Khimki, pinggir bandar Moscow, dengan katil sempena kempen “Awake Love” di Rusia.

Tempahan untuk menonton wayang di pawagam pertama di Rusia yang dilengkapi 15 katil itu, sudah penuh sehingga 14 Disember ini.

Kempen yang akan berlangsung sehingga Ahad ini, menyerupai satu acara sama yang diadakan di sebuah dewan muzik di Paris, pada 2010.

Pangung Wayang Katil 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.