JPJ Buka Dua Cawangan Baru Sebagai Tanda Komitmen Pada Masyarakat

Kuala Lumpur – Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) melalui laman twitter rasminya memaklumkan telah membuka dua lagi pejabat baru, ekoran rugutan dan aduan masyarakat yang sebelum ini mendakwa sering menghadapi masalah ketika membuat urusan khususnya yang berkaitan lesen memandu dan membaharui cukai jalan.

JPJ dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, orang ramai khususnya pemimpin masyarakat telah meminta supaya JPJ membuka cawangan di Cameron Highlands kerana selama ini mereka terpaksa berurusan dengan JPJ di Ipoh, Perak atau di Gua Musang.

Bertindak atas rasa tanggungjawab terhadap rungutan dan aduan tersebut, JPJ akhirnya mengambil keputusan untuk menambah cawangan baru satu di Cameron Highlads dan satu lagi di Baling bagi mengatasi masalah orang ramai yang ingin berurusan dengan jabatan tersebut.

Dua cawangan tersebut merupakan komitmen yang tinggi dari pihak JPJ terhadap permasalahan rakyat bagi memastikan mereka mendapat perkhidmat yang terbaik terutama memberi kemudahan bagi memperoleh lesen memandu menerusi program Satu Komuniti Satu JPJ yang mula dilancarkan seluruh negara pada 2009.

Pejabat JPJ cawangan Cameron Highlands itu akan mula beroperasi pada hari Isnin ini di alamat Blok A, Lot No 2 & 3, Marigold Square, Tanah Rata, Cameron Highlands Pahang.

Sementara itu pejabat JPJ cawangan Baling pula akan mula beroperasi pada esok hari di alamat No 47 & 48, Taman Kota Baling Jaya, Kedah.

JPJ Cameron Highlands

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.