Erma Fatima Timang Zuriat

Kuala Lumpur – Pelakon dan pengarah terkenal negara, Erma Fatima mengucapkan tahniah kepada suaminya yang juga pengarah, Badaruddin Azmi atas kelahiran cahaya mata sulung, hasil perkongsian hidup bersama madunya, Aida Abdullah.

Ucapan tahniah itu dizahirkan di laman sosial Instagram miliknya hari ini, berserta gambarnya mendukung seorang bayi.

Bagaimanapun, keterangan gambar itu berbunyi sedih, apabila Erma membangkitkan kegagalan beliau memberikan zuriat kepada suaminya yang juga dikenali dengan nama Bade.

“Malang bagi seorang perempuan yang tidak mampu memberikan zuriat buat suaminya…kerana anak adalah anugerah Allah paling berharga.

“Selamat datang dalam keluarga ini baby Jihad. Tahniah Bade dan Aida,” demikian catatannya di laman sosialnya itu.

Gambar itu mengundang pelbagai komen daripada peminat yang rata-rata kagum dengan ketabahan dan juga pengorbanan beliau yang merestui suaminya berkahwin lain.

Jun lalu, negara digemparkan dengan berita pernikahan kedua suami pengarah terkenal itu.

Pernikahan yang berlangsung di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu itu, dikatakan mendapat restu Erma, selaku isteri pertama Bade.

Erma dan Bade telah berkahwin pada 30 November 1990 dan tidak dikurniakan zuriat, namun mereka mempunyai lima anak angkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.