Ditangkap Interpol, Ali Abd Jalil Mengaku Nak ‘Troll’ Orang Ramai

Kuala Lumpur – Aktivis sosial, Ali Abd Jalil mengaku sengaja ingin ‘troll’ orang ramai apabila memuatnaikkan status ditangkap pihak Interpol.

Dia ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata status berkenaan sengaja dimuatnaikkan untuk ‘troll’ masyarakat Malaysia.

Para pengguna media sosial semalam dikejutkan dengan apabila Ali secara tiba-tiba memuatnaikkan status yang mendakwa dia akan dibawa pulang ke Malaysia, selepas ‘diserahkan kepada Interpol’ (polis antarabangsa).

Dalam catatan yang dikongsi Juli Jalaludin malam semalam, terdapat gambar Ali bersama Adlin Binti Abd Jalil di hadapan sebuah kereta peronda polis Sweden dengan status, “Ali Abd Jalil dan Adlin Binti Abd Jalil diangkut polis Sweden untuk dihantar ke Interpol. Allahuakbar!”

Dia berkongsi catatan itu di Facebook dengan status sinis: “Aku diangkut interpol… Sultan Johor punya balaci ada sekali. Malam ini dibawa pulang ke Malaysia… esok tiba di KLIA dalam jam 12 tgh hari… Never give up! Alerta Alerta, anti Fascista.”

Ali sebelum ini berkata telah memohon suaka politik dan dilindungi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada 8 September lalu, dia didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana mengkritik sistem raja berpelembagaan.

Ali bagaimanapun dibebaskan sehari selepas itu dengan jaminan polis, namun beliau ditahan semula dan didakwa atas dua lagi pertuduhan di bawah seksyen dan akta yang sama.

Beliau akhirnya dibebaskan pada 29 September lalu.

Pada Oktober, Ali melarikan diri ke Sweden untuk memohon suaka politik, beliau mendakwa tidak dibicarakan dengan adil dan diancam oleh kumpulan gangster serta rasis di Malaysia.

 

Baca: Ali Abd Jalil Ditangkap Interpol Dan Akan Dihantar Pulang Ke Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.