Blogger Seks, Alvin Tan Dakwa Hanya Percaya Pada Melayu Murtad

Kuala Lumpur – Penulis blog seks dan juga pelarian di Amerika Syarikat, Alvin Tan mengulangi kontroversi melalui status yang dimuat naik ke laman sosial Facebooknya, pagi tadi.

Menurutnya, satu-satunya orang Melayu yang dipercayainya adalah di kalangan mereka yang murtad.

Malah, dia menyifatkan golongan itu adalah mereka yang berani menyatakan kebenaran, termasuk menghina Allah SWT dan juga Nabi Muhammad SAW.

“Melayu yang saya percaya hanyalah mereka yang murtad. Ia memerlukan keberanian dan keyakinan tinggi untuk keluar daripada kepompong berkenaan (Islam).

“Saya tidak tertipu dengan semua yang melibatkan Islam, cukup untuk semua ini, saya keluar!

“Kemudian berjuang untuk mendapatkan kebebasan, kepercayaan terhadap kehidupan, kerana apa yang berlaku ialah kerajaan percaya bahawa anda tidak mempunyai hak untuk memilih agama.

“Ramai yang fikir, mereka yang bukan Islam akan berdepan masalah jika menghina Islam, dan sekarang kita lihat apa yang mereka (kerajaan) lakukan kepada Muslim yang menghina Allah atau Muhammad Rasullullah!” demikian catatannya yang dimuat naik pada jam 9 pagi tadi.

Malah, beliau dengan lantang menyatakan hormat terhadap keberanian dan kebijaksanaan mereka yang murtad.

Terdahulu aktivis politik, Hishamuddin Rais menyifatkan penulis blog kontroversi itu melakukan perjuangan seperti Nabi Muhammad yang berhijrah ke Madinah.

Dia turut menasihatkan Tan dan aktivis, Ali Abdul Jalil yang memperoleh suaka luar negara untuk meneruskan ‘kerja politik’.

Hishamuddin berkata, kegiatan itu boleh dilakukan dari luar Malaysia, bagi memastikan wujudnya kerajaan lebih adil.

Tan kini adalah pendatang asing tanpa izin di Amerika, selepas dokumen perjalanan (pasport) miliknya dibatalkan Malaysia, Isnin lalu.

Tindakan sama turut dikenakan ke atas Ali, dengan kedua-duanya kini disenaraihitamkan dalam sistem imigresen.

Langkah itu diambil, ekoran kedua-duanya mempunyai kesalahan menghina sistem mahkamah, Islam dan juga Raja-raja Melayu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.