Aksi Lucah Dalam Gereja, Aktress Porno Anggap Diri Seperti Malaikat

Vienna – Mencari nafkah dengan berlakon filem lucah, seorang wanita mendakwa dirinya boleh dianggap sebagai ‘malaikat’ jika dibandingkan dengan pelaku dosa lain.

Hanya dikenali sebagai Babsi, wanita itu berkata, dia tidak berasa berdosa kerana menjadikan gereja di Hoersching sebagai latar tempat lakonan lucahnya.

“Jika anda lihat apa yang orang lain lakukan, anda akan sedar saya ini seorang malaikat,” katanya ketika menjawab soalan pendakwa, Alfred Schaumueller, di mahkamah semalam.

Babsi, 29, ditangkap selepas aksi lucahnya di sebuah gereja tersebar.

Walaupun wajah pelakon filem itu tidak kelihatan dan polis merayu orang ramai supaya menyalurkan maklumat bagi menangkap dalang di sebalik pembikinan filem berkenaan.

 

Paderi tempatan

Babsi – yang dilahirkan di Poland – akhirnya dikenal pasti melalui tanda pada payudaranya.

Hakim kemudian menjatuhi hukuman penjara tiga bulan ke atas Babsi, namun membenarkan pelaksanaannya ditangguhkan.

Dia juga didenda kira-kira RM23,200 – atau separuh daripada pendapatan yang diperolehnya daripada jualan video berkenaan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.