Accupy UM8 Tetap Bertegas Mahu Terus Berkhemah Di Pintu Masuk Utama UM

Kuala Lumpur – Sukarelalawan  Occupy UM8 menegaskan mereka akan terus berkhemah dan bersolidariti di pintu masuk utama Univerisiti Malaya (UM) sehinggalah pihak UM menarik semula hukuman terhadap lapan mahasiswa yang dijatuhkan  hukuman ekoran penganjuran pidato bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada penghujung Oktober lalu.

Salah seorang sukarelawan tersebut, Ahmad Aqiel Abd Rahim, 22, berkata, tindakan UM tersebut tidak mencerminkan praktik amalan kebebasan bersuara dan akademik mahasiswa lantas pihaknya mengambil keputusan untuk bertindak sedemikian.

“Ini merupakan salah satu siri bantahan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku).

“…ini juga merupakan satu protes terhadap UM atas satu tujuan kita hendak UM tarik balik hukuman yang sudah  mereka jatuhkan kerana kita melihat tindakan UM mengenakan Auku terhadap pelajar terbabit atas sebab kita membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk ke UM sebagai  tidak mencirikan kebebasan akademik,” katanya ketika ditanya Sinar Harian Online di UM hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Aqiel berkata, UM sebagai salah sebuah universiti ulung negara sepatutnya tidak perlu bertindak sedemikian kerana tindakan itu memalukan UM di mata masyarakat.

“Tindakan ini (menghukum pelajar) sebagai sangat memalukan.

“Kita (UM) diberikan autonomi , tetapi bertindak secara salah,” katanya.

UM pada 9 Disember lalu mengumumkan penggantungan tujuh orang pelajarnya, termasuk bekas Presiden Persatuan Pelajar, Fahmi Zainol berikutan penglibatan mereka dalam satu program bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, di UM, pada hujung  Oktober lalu.

Pengajian Fahmi digantung selama dua semester dan didenda RM600 selepas disabitkan bersalah menganjurkan ceramah tersebut di kampus tanpa kebenaran.

Seorang lagi pelajar Safwan Shamsudin juga digantung pengajian, tetapi hanya untuk satu semester berkuat kuasa serta-merta, didenda dan diberi amaran.

Sementara itu, empat yang lainnya diberi amaran dan didenda RM150 setiap seorang, manakala seorang pelajar dilepaskan dengan amaran.

Seorang lagi, Abraham Aw, didapati tidak bersalah oleh pentadbiran universiti. – Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.