Skandal Adi Putra: Ingatkan Penjelasan, Rupanya Sekadar Kenyataan Media

Oleh Romeo

Semalam kecoh seantero dunia, Pelakon Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, akan buat sidang akhbar menjelaskan dakwaan skandal beliau dengan isteri orang yang sedang heboh diperkatakan umum sejak sebulan lalu.

Malam tadi bertempat di di Pusat Dagangan Dunia Putra, Adi Putra telah mengadakan sidang akhbar khas. Namun jika ramai wartawan dan peminat berharap sidang akhbar tersebut akan menjadi pentas memberi penjelasan mengenai tuduhan dan dakwaan yang terlekat ke atasnya, nyata sekali ia meleset dan mengecewakan.

Sidang akhbar tersebut hanya menjelaskan bahawa beliau telah telah bebas daripada siasatan polis berhubung dakwaan skandal dengan isteri orang.

Menurut Adi, Tujuan sidang akhbar adalah untuk memberi keputusan dan menafikan laporan akhbar mengatakan beliau bakal di penjara lima tahun. Dua orang yang dikatakan peguamnya, Daud dan Zamri turut hadir.

“2 Disember 2013, keputusan rasmi tiada apa apa pertuduhan ke atas diri saya.”

Kita tidak pasti sejak bila pula kenyataan akhbar untuk memaklumkan keputusan untuk mendakwa atau tidak mendakwa dbuat oleh pihak yang disiasat.

Sebelum ini Adi Putra dikaitkan dakwaan skandal dengan isteri orang kononnya membabitkan penghantaran gambar lucah kepada wanita berusia 30 tahun menggunakan aplikasi ‘WhatsApp Messenger’ (WhatsApp).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.