Polis Selamatkan Bayi Yang Diculik, Penculik Sedang Dicari

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata pihaknya kini memburu dua wanita bagi membantu siasatan kes penculikan bayi yang telah diselamatkan di Pulau Pinang.

penculik

“Hasil siasatan pihak polis mendedahkan bahawa suspek merupakan seorang wanita Melayu berumur 43 tahun dia ni memang kenal dengan pengadu pernah sama-sama kerja sebagai pengawal keselamatan dan menumpang tinggal di situ dan bila dia ambil bayi ni dia cuba nak menjualnya di kawasan Tanjong Tokong Timur Laut”.

Tambah beliau, salah seorang suspek yang diburu dikenali sebagai Zuzita Ahmad, 43 tahun dan mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

Manakala identiti seorang lagi suspek sedang dikenal pasti.

<hr>

Dalam tempoh tidak sampai 24 jam, polis menyelamatkan seorang bayi berusia tujuh bulan yang dilarikan seorang wanita rakan sekerja neneknya di Paya Terubong di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang, suspek bersama seorang rakan wanita datang ke rumah nenek mangsa dan berpura-pura ingin membawa bayi itu pulang ke rumah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, selepas 30 minit, suspek tidak memulangkan cucunya menyebabkan nenek mangsa cuba menghubungi salah seorang suspek namun gagal.

Menurutnya, polis yang menerima maklumat berkaitan kejadian terus melancarkan operasi mencari dan berjaya menyelamatkan bayi tersebut di Balik Pulau pukul 12 tengah hari ini selepas menahan seorang lelaki berusia 60 tahun yang merupakan pembeli bayi itu.

“Bayi malang itu dipercayai dijual dengan harga RM3,000 kepada lelaki terbabit di Tanjung Tokong oleh kedua-dua suspek sebelum mereka melarikan diri.

“Pembeli bayi lelaki itu kini ditahan di bawah Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Mazlan, suspek berusia 43 tahun itu memiliki tiga rekod lampau atas kesalahan mencuri di bawah Seksyen 380 dan 379 Kanun Keseksaan.

Katanya, polis sedang mengesan seorang wanita, Zuzita Ahmad yang beralamat terakhir di Nombor 214-B, Jalan Tanjung Tokong, Pulau Pinang bagi membantu siasatan kes ini.

“Suspek kini dipercayai berada di luar Pulau Pinang dan usaha mengesannya bersama rakannya sedang dijalankan,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.