Rosmah, Ku Nan & Rizal Dipanggil Ke SPRM Esok

PUTRAJAYA – Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor dipanggil memberi keterangan ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok.

Ia disahkan peguamnya, Datuk Geethan Ram kepada Sinar Harian.

Geethan berkata, anak guamnya telah menerima notis hadir kan diri.

“Esok, jam 12 tengah hari,” katanya.

Rosmah dijangka akan ditahan sebelum dihadapkan dengan beberapa pertuduhan berkaitan projek hibrid solar ke mahkamah Khamis ini.

Sumber berkata, pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor dan bekas Menteri Wilayah, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut dipanggil SPRM esok.

Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan daripada SPRM.

Semalam, media melaporkan Rosmah bakal berdepan dengan pertuduhan sekali lagi berhubung dakwaan melibatkan projek hibrid solar untuk sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion.

Rizal dijangka akan turut didakwa bersama.

Pada 11 Jun lalu, Kementerian Pendidikan memulakan proses siasatan dalaman bagi mengenal pasti individu terlibat berkaitan isu penyelewengan pemberian kontrak membekal tenaga solar dan diesel di 369 sekolah di Sarawak. – SINAR HARIAN

7 thoughts on “Rosmah, Ku Nan & Rizal Dipanggil Ke SPRM Esok

  • November 13, 2018 at 3:24 pm
    Permalink

    Bgslah…salah tangkap dakwa hukum seberat2nya…petualang pengkhianat rasuah ?? Doa kami smga terbukti kejahatan salahlaku spesis2 ni??

    Reply
  • November 13, 2018 at 3:27 pm
    Permalink

    Selama ni tepis tk ngaku salah nafi…marilah sama2 kita doa nantikan berita yg akan mengemparkan dunia juga 1malaysia??? Ada byk lagi skandal kes isu puak2 ni?? Satu satu akan timbul usah risau…jgn lari tau??

    Reply
  • November 13, 2018 at 3:29 pm
    Permalink

    Saksi bukti cukup fakta tepat apa lagi …tk bolih ikat jamin??
    Tngkp tanpa bicara ?? Sampai bila elak tepis?? Takbur bongkak angkuh sombong bodoh tu la korang ni??

    Reply
  • November 13, 2018 at 3:32 pm
    Permalink

    Mudah2an terbukti salahlaku puak2 ni yg tk perlu kasihan??
    Biar rengkok dlm pintu besi seumur hidup pengkhianat2 ni??

    Reply
  • November 13, 2018 at 3:34 pm
    Permalink

    Rasuah tk bolih tipu punya?? Bukti ada ribuan juta dlm rumah byr jamin juta..mana ambil duit? Duit simpan masa kecil ?? Duit gaji?? Pelik heran byk nya duit???

    Reply
  • November 13, 2018 at 3:35 pm
    Permalink

    Salah hukum ?? Tipu rakyat?? Curi rompak duit negara??

    Reply
  • November 13, 2018 at 3:37 pm
    Permalink

    Kami doa dan berdoa salah hukum berat2…tnpa jamin??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.