Najib Doakan Zam Segera Pulih

SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengajak semua mendoakan agar bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin segera pulih seperti sediakala.

“Saya diberitahu bahawa Tan Sri Zainuddin Maidin berada di Hospital Putrajaya untuk rawatan. 

“Sama-sama kita doakan Tan Sri Zainuddin Maidin segera sembuh dan kembali pulih seperti sedia kala,” katanya menerusi status dalam laman Facebook beliau hari ini.

Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Putrajaya Presint 10, Putrajaya malam semalam (Isnin) selepas mengadu sakit dada dan kesukaran bernafas.

Menurut adiknya, Abdul Lazam Maidin, Zam kemudian dimasukkan ke wad biasa, namun hari ini beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas doktor mengesan paru-parunya berair.

Abdul Lazam berkata, abangnya kini sedar namun dinasihatkan untuk lebih banyak berehat. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.