Diserang Virus, Media Prima Bakal Rugi RM26 juta?

KUALA LUMPUR – Sistem email syarikat Media Prima secara total diserang virus ‘ransomware’  sejak Khamis yang lalu.

The Edge Financial Daily melaporkan bahawa dalang di sebaliknya menuntut bayaran sebanyak 1,000 bitcoins (RM 26,000 000).

“Seluruh sistem komputer Kumpulan Media Prima diserang dan dijangkiti dengan ransomware sejak empat hari yang lalu. Penyerang meminta 1,000 bitcoin dari Media Prima dalam serangan ransomware, “kata satu sumber.

Media Prima ketika dihubungi dipetik sebagai berkata tidak mengaku juga tidak menafikan perkara itu.

“Terima kasih atas soalan-soalan. Mohon maaf kami tidak menolak untuk memberikan apa-apa komen,” kata Sumber kepada The Edge Financial Daily menerusi jawapan email.

Difahamkan syarikat itu memutuskan untuk tidak membuat apa-apa pembayaran kepada dalang menyerang sistem mengf.

Sehingga kini masih tidak dapat disahkan sama ada data Media Prima juga telah diserang dan disekat seperti sistem emailnya atau tidak.

Virus ransomware tidak akan dinyahkan oleh dalangnya selagi tidak dilunaskan pembayaran seperti yang diminta. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.