Bekas Menteri Penerangan Dimasukkan Ke Wad Kecemasan

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dilaporkan dimasukkan ke wad kecemasan (ICU) di Hospital Putrajaya.

Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam dilaporkan terjatuh di rumahnya di Putrajaya, malam tadi.

Ia dikhabarkan oleh bekas pekerjanya Ku Seman Ku Hussain menerusi laman Facebooknya.

Sehingga kini tiada maklumat lanjut mengenai keadaan terkini kesihatannya.

Zainuddin adalah bekas menteri yang lantang mengkritik beberapa isu berkaitan dengan perkara yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu.

Malah, beliau juga kerap menerima kritikan daripada orang ramai atas kelantangannya itu lebih-lebih lagi menggalakkan perlaksanaan penutupan semua pusat tahfiz di negara ini ekoran beberapa insiden atau kes yang telah terjadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.