Warga Emas Pandu Lawan Arus Ditahan

KUANTAN – Lelaki warga emas ditahan polis kerana memandu secara berlawanan arus di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Suspek, 81, nyaris merempuh kenderaan lain di susur keluar ke Plaza Tol Gambang ketika memandu secara bertentangan di kilometer 234 LPT, lapor Kosmo.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Pahang berkata perbuatan suspek yang dirakam hingga menular di media sosial berlaku jam 4.45 petang 9 November lalu.

Supt Mohd Nor Yusof Ali berkata suspek sudah ditahan dan disiasat bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lelaki itu akan dihadapkan ke mahkamah 27 November ini.

http://www.facebook.com/ahlong.leo.1/videos/18821885841932

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!