Wang Kertas, Barang Kemas Dalam Sampah Banjir

GEORGE TOWN ― Penemuan longgokan wang kertas dan barang kemas dilapor dijumpai dalam operasi pembersihan banjir di Pulau Pinang.

Foto beberapa ikat wang RM100 dan barang kemas itu tersebar yang dikatakan ditemui pekerja Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP).

Namun presiden MPSP Datuk Rozali Mohamad menegas pihak berkuasa tempatan itu tidak pula menerima sebarang aduan berhubung penemuan tersebut.

“Tiada laporan diterima setakat ini dan pegawai kami sedang meneliti perkara tersebut,” katanya seperti dilapor mStar pagi ini.

Setiausaha Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga senada dengan Rozali bahawa tiada aduan daripada petugasnya tentang perkara itu, setakat ini.

“Jika ada, kita akan mengklasifikasikannya sebagai harta hilang dan ditemui serta akan cuba mencari pemiliknya,” kata Yew Tun Seang.

“Sebagai usaha terakhir, kami akan menyerahkan barang tersebut kepada polis.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.