Pendedahan Di Sebalik Watak Nobita Sangat Menyedihkan

Jika anda penggemar kartun Doraemon, watak Nobita tidak asing lagi. Nobita adalah seorang kanak-kanak yang sering dibuli oleh Giant dan Suneo, tetapi mempunyai sahabat iaitu si kucing, Doraemon dan Shizuka, yang paling disukainya.

Namun tahukah anda bagaimana watak Nobita diwujudkan? Terdapat khabar angin yang tersebar mengenai individu di sebalik watak Nobita ini dan ia merupakan satu kisah yang sedih.

Budak itu dikatakan menghidap Schizophrenia dan sukar mengawal pemikirannya. Dia sering dibuli di sekolah disebabkan penyakit mental berkenaan hingga mengakibatkan dia rasa terpinggir.

Penyakit yang dialaminya itu menyebabkan budak terbabit membayangkan watak Doraemon iaitu rakan imaginasinya.

Pada usia 16 tahun, dia mula menjalani rawatan kaunseling dan ketika itulah baru budak itu dimaklumkan bahawa Doraemon tidak wujud, hanya sekadar imaginasinya sahaja.

Ini mengakibatkan budak itu kesepian sekali lagi. Dia tidak boleh menerima hakikat berkenaan dan telah membunuh diri dengan menembak dirinya pada usia 16 tahun.

Cerita inilah yang menjadi insirasi penulis untuk menghasilkan kartun Doraemon. Namun tidak diketahui setakat mana betulnya cerita ini tetapi ia kini berlegar di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.