Niat Melakukan Bekam Bagi Sembuhkan Penyakit , Tapi Sebaliknya Yang Terjadi

Seorang lelaki menderita bronkitis kronik cuba menyembuhkan penyakit tersebut dengan terapi bekam, namun apa yang dialaminya sangat mengejutkan.

Disiarkan dari World of Buzz, lelaki yang berasal dari Wuhan, China yang bernama Goh ini, seringkali batuk tanpa henti setiap kali cuaca berubah sejuk kerana menderita bronkitis kronik.

Demi menyembuhkan penyakitnya itu, dia menggunakan terapi bekam yang diyakini  menjadi kunci untuk menghilangkan ‘kesejukan’ di tubuhnya dan menyembuhkan batuknya.

Dia mencuba kaedah itu kerana terapi bekam sudah dipercayai sebagai kaedah lama yang digunakan untuk meredakan rasa sakit dan bengkak sekali gus meningkatkan peredaran darah.

Segalanya kelihatan baik sehingga terapi bekam dilakukan.  Goh  mula merasakan sakit di dadanya setelah menjalani terapi.

Dia menjadi lemah dan lemah dengan wajahnya menjadi pucat, seperti dilaporkan Oriental Daily.

Risau dengan keadaannya itu, keluarga Goh membawanya ke hospital dan doktor terkejut dengan apa yang mereka jumpai..

Menurut doktor, Goh menderita bronkitis , yang akhirnya menyebabkan  paru-parunya menjadi semakin lemah .

Dia percaya bahawa terapi bekam telah mempengaruhi tekanan di dalam rongga dadanya, yang akhirnya menyebabkan paru parunya menjadi lemah.

Doktor juga mengingatkan semua orang bahawa terapi bekam tidak sesuai untuk paru-paru.

Selain itu, wanita yang sedang hamil, semasa haid, atau mengalami masalah dengan pembekuan darah sebaiknya menjauhi terapi bekam.

Orang ramai juga disarankan supaya berjumpa dengan doktor sebelum mengambil tindakan dalam pengubatan alternatif.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.