Ngeri! Lelaki Makan Organ Kekasih, Darahnya Diminum

Seorang lelaki Rusia dituduh melakukan perbuatan kanibal selepas membunuh dan memakan organ tubuh kekasihnya.

Dmitry Luchin, 21,  telah memukul seorang perempuan yang dikatakan kekasihnya iitu Olga B yang berusia 45 tahun dengan menggunakan sebuah botol minuman anggur.

Olga dipukul pada bahagian kepala hingga 25 kali dan ditikam menggunakan benda tajam pada bahagian dada sebanyak empat kali sampai mati.

Selepas kekasihnya itu mati, Dmitry mengaku bahawa dirinya kemudian melakukan sesuatu yang “gila”.

Dmitry mengaku dia sempat mengerat beberapa bahagian tubuh Olga, termasuk telinganya  lalu, Dmitry menggunakan sebuah pisau daging untuk membelah tengkorak kekasihnya  dan memakan otaknya.

Bukan hanya itu, Dmitry juga meminum darah Olga.

“Saya suka rasa otaknya. Saya kemudian memutuskan untuk merasainya terus. Lalu, saya menuang darahnya ke dalam sebuah gelas dan mengambil sisa darah yang tumpah di lantai. Saya perlukan minuman untuk makanan saya,” katanya kepada polis.

Enam jam setelah kejadian itu, Dmitry meninggalkan pangsapuri Olga, dan membawa lari komputer, penyembur rambut serta serta wang sebanyak RM10.50.

Hasil siasatan menunjukkan Luchin merupakan peminat Dahmer atau dikenali sebagai Kanibal Milwaukee yang merogol, membunuh dan memotong anggota badan 17 budak lelaki serta dewasa antara 1978 dan 1991.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.