Motor Bergesel, Remaja Maut Putus Kaki

SEREMBAN — Seorang penunggang motosikal maut dan putus kaki kanan dalam nahas di kilometer 259 Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran susur Senawang.

Motosikal Muhamad Faizal Eddley, 22, bergesel dengan sebuah motosikal lain ketika mangsa dalam perjalanan dari Serembah ke Senawang, lapor Harian Metro.

Ketua polis daerah Seremban berkata Muhamad Faizal dikatakan hilang kawalan lalu terbabas merempuh penghadang jalan pagi tadi.

“Mangsa tercampak dan parah di kepala serta putus kaki kanan. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” kata ACP Thiew Hock Poh.

Mayatnya dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.