Mayat Berbungkus Kain Kafan Ditemui Atas Tanah Di Kubur

Penduduk di Kota Pontianak, Kalimantan Barat dikejutkan dengan penemuan mayat yang lengkap dengan kain kafan di atas tanah di sebuah kawasan perkuburan.

Gambar mayat dengan kain kafan itu telah tersebar dengan meluas.

“Kota Pontianak digegarkan dengan jenazah yang timbul di perkuburan kenari Simpang Tiga Sui Jawi, Pontianak Barat,” demikian tulis Muharris Alyamani dalam akaun Facebooknya hari ini.

Ia menyebabkan kawasan perkuburan itu menjadi tumpuan dengan ramai yang mahu melihat dari dekat jenazah tersebut.

Dalam pada itu, seorang penduduk, Bubun Bunjamin berkata, dia mengetahui mengenai mayat di atas tanah berkenaan selepas mencium bau busuk dari arah kawasan perkuburan.

“Sekitar pukul 5 petang, saya mencium bau tidak sedap dan selepas diperiksa mendapati ada mayat di atas tanah dengan berbungkus kain kafan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.