Lagu Ciptaan Ajai dan Syamel Mara Ke AJL32

SHAH ALAM – Ajai dan Syamel masing-masing bakal mempertaruhkan dua lagu ciptaan mereka pada pertandingan berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32, Februari depan.

Dua lagu ciptaan Ajai adalah Separuh Matiku Bercinta dendangan Dayang Nurfaizah dan Akhiri Cinta, nyanyian Salma dengan lirik dihasilkan Slen.

Karya ciptaan Syamel pula adalah Lebih Sempurna dan lagu duet, Aku Cinta yang dinyanyikan bersama Ernie Zakri.

Mengiringi empat lagu itu adalah Sejati dendangan Azmi & Caliph Buskers yang dicipta Faizal Tahir dan Mike Chan; Jampi (Hael Husaini); Amboi (Altimet/Navigator); Aku Yang Sebenar (Hazama/Datuk M Nasir/Ad Samad) dan Tergantung Sepi (Haqiem Rusli/Gouffran/Ibnu).

Tidak ketinggalan berentap di pentas AJL32 adalah lagu Bayang (Khai Bahar/Alam Harry Khalifah/Patrick Anahoda); Menahan Rindu (Wany Hasrita/Ubnu/Gouffran) dan Warkah Untukku (Ara/Hang Nadim/Laq).

Senarai 12 lagu itu diumumkan sebaik berakhirnya separuh akhir ketiga, Muzik Muzik 32 (SFMM32) di Plaza Alam Sentral di sini, malam tadi.

Sejak tiga minggu lalu, SFMM32 menyaksikan 30 karya dipertandingkan di hadapan juri profesional. Setiap minggu, sebanyak 10 lagu dipersembahkan peserta secara langsung.

Terdahulu, kumpulan 6ixth Sense, Tam Spider dan Bunkface menghiburkan peminat sebelum keputusan diumumkan.

SFMM32 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 menampilkan pasangan Hefny Sahad dan Sherry Al-Hadad sebagai pengacara. – BH

Info

Lagu bersaing di AJL32

Tergantung Sepi – Haqiem Rusli

Jampi – Hael Husaini

Sejati – Azmi & Caliph Buskers

Separuh Matiku Bercinta – Dayang Nurfaizah

Amboi – Altimet

Lebih Sempurna – Syamel

Aku Yang Sebenar – Hazama

Akhiri Cinta – Salma

Menahan Rindu – Wany Hasrita

Aku Cinta – Syamel dan Ernie Zakri

Bayang – Khai Bahar

Warkah Untukku – Ara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.