Kekasihnya Ditemui Berlumuran Darah, Bintang Filem Gay Ini Dituduh Sebagai Pembunuhnya

Bintang filem lucah ditangkap sebagai suspek pembunuhan, selepas kekasihnya ditemui di dalam keadaan dipenuhi darah dan luka di dalam pangsapurinya.

Dilaporkan dari Metro.co.uk, Othman Al-Muttalaby, yang juga dikenali sebagai Alkoraishie Ali dan Ali Liam, 26, ditangkap atas kematian Keith Harris, 48.

Menurut pengurus Keith, Paul Novales, dia merupakan orang pertama yang menjumpai Keith dalam keadaan kritikal.

Pada mulanya  dia mengetuk pintu namun tidak ada jawapan dan ketika membuka pintu tersebut, Paul terkejut mendapati banyak darah di lantai, dinding dan pintu  bilik mandi.

Keith meninggal semasa sedang dirawat di hospital.

Jiran Keith  juga menjadi saksi mendengar jeritan sekitar pukul 2 pagi ,namun ketika itu dia tidak berasa curiga .

Sementara rakan sekerja Keith, Holly Richards menyatakan kali terakhir dia melihat  Keith berada dalam keadaan baik. Holly juga mengetahui hubungan antara Keith dengan Ali, yang menurutnya tidak terlalu serius.

Ali Liam dan Keith Harris

Beberapa kali Keith menceritakan bahawa hubungannya sedang ada masalah hingga terjadinya pertengkaran kecil.

“Saya rasa pertengkaran di antara mereka normal-normal saja seperti  pasangan lain dan Keith pun selama ini diperlakukan dengan baik,” jelasnya.

Gara-gara kes ini, keluarga Ali di Baghdad juga terkena tempiasnya dan mereka memaklumkan sudah tiga minggu tidak mendengar khabar Ali.

Ali pernah mengutarakan niatnya untuk membunuh diri ketika terakhir kali berkomunikasi, namun niatnya itu digagalkan oleh ibunya.

Kakak Keith yang mengetahui hubungan adiknya bersama Ali berkata:  “Keith orang paling manis yang pernah ada buat Ali. Ali pun sangat baik padanya,”.

Ali memiliki berbagai pekerjaan termasuk sebagai pelakon porno dan pernah bekerja untuk Str8UpGayPorn, Men.com dan Pride Studios.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.