Jumlah Undi Setiap Anggota DAP Turun Dengan Ketara – Lim Sian See

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 12 November 2017

Keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Pusat Tertinggi (CEC) DAP telah diumumkan.

Jumlah undi yang setiap anggota dapat turun dengan ketara – mungkin disebabkan oleh kadar mereka yang keluar mengundi berkurang.

Hanya separuh daripada ahli DAP yang layak mengundi yang telah membuang undi – turun dari 70% pada Disember 2012 apabila semua orang berpendapat bahawa ubah ini kalilah akan berlaku pada pilihan raya PRU13.

Penyertaan yang semakin berkurangan dalam acara parti DAP sendiri telah menjadi jelas pada tahun-tahun kebelakangan ini apabila anggota sendiri tidak lagi teruja dengan parti. Ini merupakan satu lagi tanda rakyat semakin kehilangan minat dalam DAP.

Kit Siang mendahului dengan 1,199 undi – turun daripada 1,436 undi pada 2013 dan 1,607 undi pada 2012.

Guan Eng berada di tempat ketiga dengan 1,180 undi – juga turun daripada 1,304 undi pada 2013 dan 1,576 undi pada 2012.

Satu-satunya “Melayu” dalam seluruh CEC, Zairil Khir Johari jatuh ke kedudukan ke-19 dengan 649 undi – turun dari kedudukan ke-12 dengan 1,132 undi pada 2013 dan lebih membimbangkan lagi turun daripada 803 undian yang diperolehnya pada tahun 2012.

Melayu lain seperti Zaid Ibrahim, Mejar Zaidi dan maskot A Samad Said tidak kelihatan.

Tahun ini, anda hanya memerlukan 586 perwakilan untuk mengundi anda untuk memasuki senarai 20 anggota CEC.

Satu kejutan besar ialah kemunculan semula veteran lama Ronnie Liu yang berada di tangga ke-17 selepas beliau tersingkir pada tahun-tahun sebelumnya.

Walaupun Karpal Singh telah mati sejak tahun 2014, beliau masih menerima 43 undi hari ini.

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.