Harimau Malaya Belum Menyerah Kalah

Skuad Harimau Malaya meneruskan sisa-sisa perjuangan apabila bakal mengharungi aksi timbal balik kedua menentang Korea Utara dalam kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand malam ini.

Pasukan bimbingan Nelo Vingada yang dimalukan 1-4 pada aksi pertama Jumaat lalu, bakal turun dengan wajah baharu apabila akan menyenaraikan beberapa pemain muda termasuk Adam Nor Azlin, Nor Azam Azih serta Safawi Rasid, lapor Kosmo.

Ia bagi menggantikan kapten, Safiq Rahim yang belum cergas sepenuhnya selain S. Kunanlan, Fazly Mazlan serta Syamer Kutty Abba yang mengalami kecederaan.

“Perubahan taktikal dan strategi baharu akan diterapkan untuk menghidupkan peluang kita bersaing dengan lebih baik menentang pemain pasukan lawan. Tiada erti menyerah kalah dalam karier saya dan harap barisan pemain dapat membu

One thought on “Harimau Malaya Belum Menyerah Kalah

  • November 13, 2017 at 11:11 pm
    Permalink

    Kalah lagi nampak nya vingada mengundur diri.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.