‘Gadis Sunti Dengan Sangkar Burung’

IPOH — Karya pelukis dinding popular “budak perempuan di atas bangku dengan sangkar burung” di sini dipadamkan oleh pemilik bangunan tersebut.

Namun Ernest Zacharevic, seorang artis Lithuania yang memikat peminat seni negara ini, tidak berkecil hati apabila karya itu hilang.

Tambahnya, memang sudah dipersetujui dari awal bahawa memang menjad hak pemilik premis untuk membuangnya jika tidak sesuai atau tidak diperlukan.

“Sifat tidak kekal seni jalanan yang menjadikannya menarik. Biasa seni di jalanan dibuang, rosak atau pudar,” katanya, lapor MMO.

Zacharevic, yang turut melukis dindng di Singapura, Eropah dan Amerika Syarikat, mengetahui nasib karyanya itu melalui rakan-rakannya.

Karyanya di sini yang lain dihasilkan di Jalan Panglima, Market Street, Concubine Lane 3, Jalan Tun Sambanthan dan Jalan Padang. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.