Dayang Layak KE AJL32

SHAH ALAM – Teki teki apakah 12 lagu yang mara ke Anugerah Juara Lagu 32(AJL32) telah pun terjawab apabila 12 lagu telah diumumkan di minggu ke 3 separuh akhir Muzik-Muzik 32, (SFMM32) yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam, malam tadi.

Nama yang sudah tidak cukup asing lagi dalam AJL32, Dayang Nurfaizah, berjaya meloloskan diri ke kemuncak AJL yang bakal diadakan tahun hadapan.

Membawakan lagu Separuh Mati Ku Mencinta hasil ciptaan sepenuhnya oleh Ajai, lagu ini berjaya menempatkan diri ke AJL 32 bersama 11 lagi lagu lain yang layak.

Dayang yang juga pemenang 3 tahun berturut-turut vokal terbaik AJL telah membuat persembahan di minggu kedua SFMM32 merupakan antara peserta ‘Favourite’ untuk AJL kali ini

11 lagu lain yang layak ialah Tergantung Sepi dari Haqiem Rusli, Jampi dari Hael Husaini Sejati dari Azmi & Caliph Buskers, Amboi dari Altimet, Lebih Sempurna dari Syamel, Aku Yang Sebenar dari Hazama, Akhiri Cinta dari Salma, Menahan Rindu dari Wany Hasrita, Aku Cinta dari Syamel dan Ernie Zakri, Bayang dari Khai Bahar, dan Warkah Untukku dari Ara.

Kesemua lagu diadili oleh juri profesionalyang diketuai oleh Dato Mokhzani Ismail, selaku ketua juri, G Coco, Azmeer, Edrie hashim, Helen Yap, LY dan Pak Ngah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.