Cristiano Ronaldo Jadi Bapa Lagi

MADRID – Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengumumkan dia menjadi bapa buat kali keempat, selepas teman wanitanya, Georgina Rodriguez melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Alana Martina.

“Alana Martina selamat lahir! Kedua-duanya Geo dan Alana berada dalam keadaan hebat. Kami semua amat gembira,” kata pemain berusia 32 tahun itu menerusi Twitter miliknya.

Menurut Agensi, Ronaldo turut memaparkan gambarnya bersama Rodriguez dan anak lelakinya yang kini berusia tujuh tahun, Cristiano Junior serta bayi berkenaan, lapor MD.

Selain Junior dan Martina, penyerang Portugal yang juga pemain Terbaik Dunia 2017 itu juga adalah bapa kepada kembar Eva dan Mateo yang lahir pada Jun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.