Alergik Susu, Kanak-Kanak Ini Meninggal Selepas Diberi Roti Keju Di Sekolah

Seorang kanak-kanak di Amerika Syarikat meninggal selepas diberi makan sandwich keju di sekolahnya, kerana alahan.

Kematian Elijah Silvera, yang berusia tiga tahun, berlaku ketika berada di Pusat Perkhidmatan Keluarga Seventh Avenue, New York, .

Pihak sekolah dikatakan “tahu dan rekod bahawa (Elijah) mempunyai sejarah alahan yang teruk kepada makanan berasaskan susu”.

Sebuah laman derma dalam talian, GoFundMe, di mana keluarga mengutip dana untuk perbelanjaan pengebumian Elijah dan proses autopsi, menjelaskan kronologi kejadiannya.

“Elijah mengalami kejutan anapilaktik (tindak balas badan  mengeluarkan sebatian kimia sebagai gejala alahan) dan dibawa ke Bilik Kecemasan Hospital ERM,” kata kenyataan itu di halaman GoFundMe.

Ketika reaksi alahan Elijah muncul, dikatakan sekolah terus memanggil ibu kanak-kanak kecil itu dan bukannya menghubungi nombor telefon kecemasan 911.

“Malangnya, Elijah tidak dapat diselamatkan,” tambah kenyataan tersebut.

Berikutan itu, Jabatan Kesihatan tempatan menutup institusi pendidikan awal kanak-kanak tersebut, kerana dianggap gagal mengikuti prosedur keselamatan dan pengawasan terhadap anak-anak.

Menurut jurucakapnya, Harlem Christopher Miller, keselamatan kanak-kanak adalah yang paling penting.

“Kami menutup agensi itu dan terus menyiasat apa yang berlaku, untuk melihat sama ada agensi ini boleh melakukan apa sahaja untuk mencegah tragedi ini,” jelas Miller.

Sementara itu, ibu bapa anak kecil tersebut, Thomas dan Dina Silvera, berhasrat untuk mendalami isu mengenai alahan makanan kanak-kanak secara mendalam.

Ibu bapa Elijah turut mendesak agar kerajaan menekankan bahawa kanak-kanak yang alami alahan makanan perlu ditangani secara khusus untuk setiap individu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.