Isu Kesihatan Anwar, Speaker DUN Selangor Diperalat Pihak Tertentu

Shah Alam – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang, Budiman Mohd. Zohdi mempertikaikan tindakan Speaker, Hannah Yeoh yang memberhentikan perbahasannya petang tadi.

 

Menurut Budiman ketika dihubungi SuaraTV, tindakan kerajaan negeri membentangkan usul berhubung rawatan perubatan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak adil kerana disifatkan mempunyai agenda peribadi pihak tertentu.

 

“Saya mempertikaikan tindakan Speaker DUN Selangor yang memberhentikan perbahasan saya berhubung usul tersebut.

 

“Bagaimana usul “Dewan Yang Mulia Ini mendesak Kerajaan Persekutuan untuk memberikan rawatan perubatan dengan segera kepada Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Selangor” boleh dibenarkan untuk dibentangkan di dalam sidang DUN Negeri” soalnya sebentar tadi.

 

Budiman berkata pembentangan usul tersebut adalah tidak adil kerana, isu tersebut tidak boleh dijawab oleh mereka yang bertanggungjawab.

 

“Saya mempertikaikan usul yang dibawa oleh Adun Andalas itu kerana pihak Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan tidak boleh menjawab perkara yang dibangkitkan itu, kerana ia melibatkan kuasa kerajaan persekutuan.

 

“Azmin Ali yang mewakili parlimen Gombak dan Nurul Izzah yang mewakili Lembah Pantai sepatutnya membangkitkan perkara ini di parlimen. Mengapa tiada usul ini di Parlimen, apa agenda peribadi mereka?

 

“Isu Anwar adalah masalah peribadi beliau, tiada kaitan dengan kesejahteraan rakyat Selangor yang perlu usul ini dibahas di dalam Dun Selangor” ujarnyn lagi.

 

Adun Sungai Panjang menyifatkan tindakan tersebut sebagai merendah-rendahkan martabat wakil rakyat kerana dilihat sebagai cubaan untuk menipu rakyat Selangor.

 

“Saya merasakan Speaker bias dan diperalat oleh pihak-pihak tertentu untuk meluluskan usul ini mengikut peraturan 43.

 

“Sepertinya usul ini cuba merendahkan martabat para adun, meremehkan institusi Dewan yang mulia dan cubaan menipu rakyat Selangor” uajrnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.