Wakil Rakyat Hantar Gambar Lucah Kepada Rakan Sejawatan

Riau – Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah dari Kepulauan Meranti didakwa menyebarkan gambar lucah kepada rakan sejawatnya melalui perkhidmatan BlackBerry Messenger, lapor media semalam.

Wakil rakyat – cuma dikenali sebagai DS – itu mewakili Parti Amanat Nasional.

Sumber polis berkata, DS mengirim gambar kemaluannya kepada DI kira-kira jam 5 pagi kelmarin.

Tindakan itu, katanya, bagaimanapun diketahui suami DI dan dia terus membuat aduan polis terhadap DS.

Sementara itu Ketua Siasatan Jenayah Meranti, Antoni Lumban Gaol berkata, aduan itu masih disiasat sebelum langkah selanjutnya diambil.

Kata Antoni, imej lucah itu masuk ke telefon selular DI ketika dia sedang mengerjakan solat Subuh.

“Apabila telefon bimbit DI berbunyi, suaminya melihat mesej berkenaan kerana menyangka ia mungkin mengandungi pesanan kecemasan.

“Bagaimanapun suami DI panik apabila melihat gambar dikirim DS itu,” katanya.

Antoni berkata, melalui gambar itu dapat dilihat tubuh seorang lelaki tanpa baju dan seluar terlondeh sehingga lutut.

Tangan kanan lelaki terbabit dimasukkan ke seluar dalam.

“Cuma muka lelaki itu tidak kelihatan,” katanya.

Si suami kemudian bertanya kepada DI – seorang wakil rakyat mewakili Parti Demokrat – jika wanita itu menjalin hubungan sulit dengan sesiapa.

Mereka kemudian bersepakat mengadukan kes berkenaan kepada polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.