Tesis Ciplak: Universiti Viena Umum Hasil Siasatan 16 November Ini – UMK

Kuala Lumpur – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memaklumkan, telah menyerahkan semua laporan kepada Universiti Viena berhubung dakwaan ‘tesis ciplak’ yang dikaitkan dengan Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) UMK, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah.

Menurut Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Raduan Bin Hj. Che Ros,  pihaknya telahpun memaklumkan dan menyerahkan semua laporan berhubung kes ini.

“Saya telah hantar semua laporan berkaitan isu ini ke Universiti Viena dan mereka akan datang ke UMK pada 16 dan 17 November ini untuk memaklumkan hasil siasatan telah yang dijalankan.

“Saya akan jemput semua media dan mengadakan sidang akhbar bagi memaklumkan mengenai perkara ini agar ia dapat diselesaikan” katanya yang dihubungi SuaraTV malam tadi.

Menurut Raduan lagi isu plagiat ini hanya boleh diputuskan oleh universiti yang terlibat dan pihaknya tidak mempunyai sebarang bidang kuasa untuk mempertikai atau menarik kembali ijazah kedoktoran yang telah dikeluarkan oleh mana-mana universiti yang diiktiraf.

“Pihak universiti tidak boleh memberikan sebarang kenyataan atau mencampuri urusan ini sebelum hasil siasatan diketahui dan keputusan mengenainya hanya akan diumumkan oleh wakil dari Universiti Viena nanti.

“Saya tidak mempunyai local standi untuk mengulas atau memutuskan mengenai perkara ini, universiti tersebut ada senat dan fakulti sendiri jadi biarlah mereka menyiasat dan menilai mengenainya” ujarnya lagi.

Beliau turut mempertikaikan pendedahan yang dikeluarkan oleh SuaraTV sebelum ini yang disifatkan tidak betul dan memalukan imej dan kredibilit UMK.

“Kenapa SuaraTV tak henti-henti bagi laporan tak betul ni?”

“Isu ini melibatkan ramai pihak, ia turut melibatkan periuk nasi orang kerana mereka ada keluarga dan sebagainya kerana adakalanya ia akan melukakan hati orang lain.

“Tak pasal-pasal  kita dipalitkan dengan isu plagiat ini, sedangkan usaha untuk membangunkan universiti ini bukan mengambil masa yang singkat.” katanya lagi.

Raduan turut menjelaskan beliau berpegang pada prinsip untuk tidak bertolak-ansur sekiranya dakwaan plagiat ini benar kerana yang salah tetap salah.

Namun beliau turut mempersoalkan tindakan kakitangan akademinya yang berterusan mengeluarkan pelbagai kenyataan berhubung perkara ini.

“Saya pun tak tahu mengapa isu ini timbul, kadang kala saya merasa serba salah kerana mungkin ada dikalangan mereka yang tidak puas hati antara satu sama lain (dan) sepatutnya mereka datang berjumpa dan berbincang dengan saya terlebih dahulu.

“Sebagai Setiausaha Agong, Majlis Profesor Negara (MPN) saya tidak akan bertolak ansur mengenai perkara ini (sekiranya semua dakwaan tersebut adalah benar) yang salah tetap salah” menurutnya lagi.

Menurut Radhuan lagi, UMK dan MPN hanya akan membuat keputusan berhubung isu ini selepas wakil dari universiti Viena membuat kenyataan mengenai hasil siasatan yang telah dilakukan.

 

Baca: Tesis Ciplak: Kakitangan Akademik Berstatus Profesor Turut Bantu Dedahkan Bukti Plagiat Abu Hassan

 

Baca: Tesis Ciplak: Abu Hassan Kecewa Dituduh Lakukan Plagiat

 

Baca: Kakitangan Akademik UMK Dedah Bukti, ‘Tesis Ciplak’ Prof Abu Hassan?

 

Baca: VC UMK Cuba Tutup Mata, Isu ‘Ciplak Karya’ Prof Abu Hassan?

 

Baca: UMK Nafi Prof Abu Hassan Terbabit ‘Ciplak Karya’ Orang

 

Baca: Ciplak Karya: Pensyarah UMK Mengaku Buat Laporan Polis Terhadap Prof Abu Hassan

 

Baca: Sumber Dalaman UMK Dakwa Profesor Plagiat Mohon Letak Jawatan

 

Baca: Gara-Gara Laporan Profesor Dituduh Plagiat, UMK Tutup Akses Website?

 

Baca: Ahli Majlis Profesor Negara, Profesor UMK Dituduh Ciplak Untuk Tesis Phd?

3 thoughts on “Tesis Ciplak: Universiti Viena Umum Hasil Siasatan 16 November Ini – UMK

  • November 17, 2014 at 9:56 am
    Permalink

    Takder umum apa2 punnnnn..huhuhuhu..kena kelentong lagi lar kita yeaaa…..

    Reply
  • November 17, 2014 at 2:26 pm
    Permalink

    tiba tiba sedar plak pasal periuk nasi orang dan keluarga.
    jadinya boleh la menciplak dan diamkan saja bila kantoi sebab nak jaga periuk nasi dan keluarga dia?

    boleh la buat salah sebab nak jaga periuk nasi dan keluarga
    boleh mencuri sebab nak jaga periuk nasi dan keluarga

    wahhhhh..hebatnya tahap professor kita….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.