PAS Beri Amaran Kepada DAP, Jangan Terlalu Mendesak

Kuala Lumpur – PAS memberi amaran kepada DAP agar berhati-hati dalam membuat kenyataan berkaitan ketidakhadiran Presiden itu ke Mesyauarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat(PR).

‎Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, DAP tidak boleh terlalu mendesak presiden parti Islam itu memandangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang  yang mempunyai alasan kukuh.

“Bagi saya itu bukan isu gesaan. Saya harap rakan-rakan harus berhati-hati dalam membuat kenyataan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Mahfuz berkata, DAP tidak boleh memaksa Hadi hadir ke mesyuarat PR kerana kesihatannya tidak mengizinkan.
‎”Tidak boleh ada gesaan. Dia ada alasan kesihatan dan sebagainya. Macam mana nak hadir dalam keadaan kesihatan tidak baik,” katanya.

Beliau berkata, PAS juga tidak pernah memaksa pemimpin tertinggi DAP Lim Guan Eng untuk hadir ke Parlimen,

“Kita tak gesa Lim Guan Eng hadir ke Parlimen. Kenyataan begitu tidak begitu cermat. Harap DAP beri perhatian,” katanya.

Mahfuz mengulas mengenai isu ketidakhadiran presiden PAS yang menyebabkan rakan sekutu mereka, DAP kurang senang.

Pergelutan dalaman antara PR bermula sejak krisis penukaran menteri besar Selangor apabila Hadi tidak bersetuju untuk memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Selain menolak keputusan mesyuarat Majlis Presiden PR, Hadi juga tidak hadir dalam banyak acara seperti pembentangan Belanjawan PR 2015.

Lim sebelum ini berkata, desakan meminta Hadi hadir ke mesyuarat PR kerana hanya beliau boleh membuat keputusan penting untuk parti Islam itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.