“Mummy Kena Gemuk Baru Senang Rayqal Nak Dapat Adik”

Petaling Jaya – Kisah percintaan pelakon jelita, Nora Danish bersama Nedim Nazri terus menarik perhatian peminat apabila perkembangan terbaru mengatakan mereka sudah berpisah.

Menjelaskan perkara itu, Nora menyatakan dia terkejut dengan gosip terbaru itu dan mengakui hubungan mereka masih erat dan bahagia.

“Oh, patutlah ada komen beberapa peminat di Instagram (IG) saya mengatakan kami sudah berpisah. Tapi saya anggap komen tu hanya gurauan dan saya tidak ambil serius lagipun sejak akhir-akhir ni saya sibuk dengan penggambaran,” katanya kepada Malaysian Digest pada majlis perlantikannya sebagai duta Safi Rania Gold di Petaling Jaya, Selangor, kelmarin.

Nora mengulas lanjut gosip di satu laman blog hiburan menyatakan hubungan pasangan itu sudah berakhir. Spekulasi juga timbul apabila sekeping gambar dimuat naik Nora di Instagramnya dengan status, ‘the end’.

“‘The end’ sebenarnya bermaksud ‘the end of the night’ (berakhirnya malam ini),” katanya sambil ketawa.

Jelas pelakon yang mempunyai 1.3 juta pengikut di IG ini, walaupun sering berkongsi perkembangan kerjaya dan peribadi, dia tidak sesekali menjadikan media sosial sebagai tempat meluah perasaan termasuk berkaitan kisah cintanya.

“Untuk pengetahuan, saya tidak pernah menggunakan media sosial sebagai tempat meluah perasaan kecuali kalau saya rindu pada anak saya.

“Rayqal mempunyai tiga rumah dengan saya, bapanya dan datuknya. Jadi, apabila saya rindunya, saya akan luahkan di IG,” katanya.

Katanya, dia tidak akan berkongsi kisah hubungan cintanya jika sudah berakhir menerusi IG.

Sementara itu, Nora menyatakan perasaan terkejut apabila anaknya, Putra Rayqal, 5, menyatakan hasrat mahu adik baru.

“Dia seorang anak yang baik dan sangat sayangkan adiknya, Rayfal. Lebih-lebih lagi baru-baru ini dia mendapat seorang lagi adik (Raysha).

“Mummy kena gemuk baru la senang Rayqal nak dapat adik,” katanya.

Mengenai perkembangan kerjaya, Nora menyatakan dia baru selesai menjalani penggambaran muzik video lagu tema telefilem, Cikgu Timah Masuk Bandar yang dirakam di Bali, Indonsia selama tiga hari.

Selain itu, dia sekarang sibuk dengan penggambaran filem komedi Suamiku Jatuh Dari Langit bergandingan bersama Qi Razali selain menunggu dua filemnya, Gudang Kubur dan Hantu Bungkus Ikat Tepi dijangka tayangan pada tahun hadapan.

2 thoughts on ““Mummy Kena Gemuk Baru Senang Rayqal Nak Dapat Adik”

  • June 29, 2015 at 2:14 pm
    Permalink

    Kisah percintaan pelakon jelita, Nora Danish bersama Nedim Nazri terus menarik perhatian peminat apabila perkembangan terbaru mengatakan mereka sudah berpisah. menarik sekali

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.