Mereka Kata Saya Pemalas, Sebenarnya Mereka Tidak Tahu Konsep – Nabil

Petaling Jaya – Pelawak Nabil Ahmad meminta orang ramai tidak melihat konsep jenaka stand up comedy yang ditampilkannya iaitu melakukan lawak secara sendirian sebagai pemalas.

Nabil, 30, berkata, masayrakat harus faham ia adalah kosnep lawak stand up comedy yang masih lagi baharu bagi penonton yang gemar menyaksikan lawak di televisyen.

“Mereka selalu kata saya pemalas dan ambil jalan mudah untuk berada dipentas sendirian tidak seperti kumpulan pelawak lain.

“Sebenarnya mereka tidak tahu konsep stand up comedy yang mana ia lagi susah untuk dilakukan tanpa sebarang ‘prop’ ketika berada di atas pentas,” katanya kepada mStar Online.

Nabil berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penyertaannya dalam Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang bakal membuka pentasnya bermula Jumaat ini di Teater Selangor, Shah Alam.

Dalam pada itu, Nabil berkata, pada asalnya dia agak ragu-ragu untuk kembali bertanding, namun kerana minat yang mendalam terhadap bidang lawak dia meneruskan perjuangan tersebut.

Bagaimanapun, dia tidak pernah mengharapkan kemenangan berikutan mengakui pertandingan tersebut hanya berdasarkan populariti.

Jelas Nabil, apa yang dikesalkan setiap musim pertandingan tersebut  reaksi penonton yang datang seolah-olah tidak menghargai pelawak-pelawak yang bertanding.

Katanya, perkara tersebut juga menyebabkan pelawak yang kurang mempunyai peminat berasa tidak bersemangat untuk memberi persembahan yang terbaik.

“Saya juga kesal dengan penonton yang kebiasaanya daripada kumpulan peminat yang tidak memberi sokongan kepada pelawak lain.

“Misalnya ketika AR Badul dan Imuda dahulu keluar untuk buat lawak tetapi tiada penonton yang beri tepukan serta tiada respons lawak mereka sehingga mereka merasakan persembahan tersebut tidak bagus.

“Saya minta biarlah penonton yang datang kali ini beri sokongan pada semua pelawak yang keluar untuk buat persembahan mereka,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.