Mangsa Jenayah Punyai Hak Tahu Status Laporan Yang Dibuat

Kuala Lumpur – Setiap individu yang menjadi mangsa jenayah mempunyai hak untuk tahu status laporan polis yang dibuat, sama ada wujud unsur-unsur jenayah atau tidak.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, sekiranya siasatan kes terhadap laporan yang dibuat mendapati wujud unsur jenayah, maka polis akan mengambil tindakan di bawah kanun acara jenayah.

“Pengadu boleh tanya terus kepada pegawai penyiasat mengenai perkembangan status laporan mereka.

“Jika ada kes, pesalah akan didakwa dan jika tiada kes, tiada tindakan lanjut,” jelasnya kepada The Rakyat Post.

Dalam laporan sebelum ini, seorang daripada mangsa penipuan mendakwa tiada sebarang tindakan diambil terhadap sindiket penipuan membabitkan sepasang suami isteri, walaupun 52 laporan polis telah dibuat terhadap mereka.

Menurut Musa, jika pengadu tidak berpuas hati dengan laporan yang diterima, mereka boleh mengemukakan perkara berkenaan ke peringkat atasan, seperti Ketua Jabatan Siasatan Jenayah mahupun Ketua Polis Negara, supaya kemelut itu dapat diselesaikan mengikut prosedur betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.