Fahmi Bakal Hilang Tajaan, Berkeras Nafi Langgar Perjanjian JPA

Kuala Lumpur – Aktivis Fahmi Zainol bakal hilang tajaan pendidikan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana menganjurkan pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya baru-baru ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ruziah Shafei dalam surat bertarikh 6 November berkata, tindakan Fahmi melanggar terma perjanjian biasiswa yang ditandatangani pada 2011.

Tempoh tujuh hari diberikan kepada Fahmi untuk mengemukakan tunjuk sebab bertulis kenapa pembatalan itu tidak boleh dibuat dan kenapa tuntutan ganti rugi tidak boleh dibuat.

“Kegagalan saudara mematuhi surat ini menyebabkan penajaan saudara boleh ditamatkan serta merta dan tuntutan terhadap saudara dan penjamin akan dilakukan oleh jabatan ini,” surat Ruziah itu dipetik.

Bagaimanapun Fahmi ketika diminta mengulas, dia menegaskan punyai alasannya sendiri dan tetap tidak akan mengakui tindakannya, malah dia mempunyai cara untuk melawan.

“Saya akan bagi alasan bahawa saya tidak menghina kerajaan. Tetapi saya keluarkan fakta dan sejarah.

“Kerajaan sepatutnya ambil (perhatian) untuk penambahbaikan, bukan berbuat demikian .”

Menurut Fahmi lagi, walau apa pun yang berlaku, perjuangannya melalui aktivisme mahasiswa dianggap berbaloi baginya.

“ Saya rasa berbaloi untuk generasi yang akan datang. Saya ada kuasa waktu ini dan saya perlu bertindak.

“Insya-Allah saya akan disoal di akhirat nanti, waktu ada kuasa kenapa tidak lakukan apa-apa dalam menentang kezaliman,” katanya.

13 thoughts on “Fahmi Bakal Hilang Tajaan, Berkeras Nafi Langgar Perjanjian JPA

  • November 13, 2014 at 5:41 pm
    Permalink

    Apa yang dimaksudkan oleh Fahmi ZALIM? Siapa yang zalim? Saya dah berusia 61 tahun dan tiada merasa apa apa kezaliman yang berlaku pun di Malaysia, malah saya rasa hidup di Malaysia aman, tenang dan sangat tenteram kalau dibandingkan dengan negara negara lain di dunia. Awak telah diperalatkan dan sekarang siapa yang akan membantu awak dengan masalah dibuang dari UM dan biasiswa ditarik balik dan kena bayar balik kepada kerajaan apa yang awak telah gunakan. Ada kah Anwar dan kuncu kuncu akan tolong awak? Kita sama sama tengok nanti.

    Reply
  • November 13, 2014 at 6:44 pm
    Permalink

    “Insya-Allah saya akan disoal di akhirat nanti, waktu ada kuasa kenapa tidak lakukan apa-apa dalam menentang kezaliman,” katanya. – Alhamdulillah saudara ada kesedaran ini…bagus! Tetapi, cuba tanyakan soalan ini kepada idola saudara juga kerana sekiranya dia mengatakan Tun Dr Mahathir & kerajaan BN ini zalim, bagaimana sewaktu beliau berada didalam kerajaan?

    Reply
  • November 14, 2014 at 12:42 am
    Permalink

    kesian.. kalau nk sngat berjuang menentang kezaliman.. pergi je palestine.. itu baru real.. ini setakat berkokok dlm kawasan kampus mendee..

    Reply
  • November 14, 2014 at 1:39 am
    Permalink

    Ramai yg berkata kata seolah olah maksum disini, tepuk dada tnya selera , bersyukur kah kita hari ini? Jika ada pihak zalim pada kita , wajarkah kita ketepikan akhlak sebagai penuntut ilmu dan menentng kezaliman seperti ini…? Rasulallah saw x ajar kita mcm ni…

    Reply
  • November 14, 2014 at 7:13 am
    Permalink

    Zalim..saya amaan aje dok malaysia..jgn main2 dgn perkataan ..saya akan di soal oleh allah di akhirat kelak..kerajaan zalim tang mana..sembahyang berjemaah di masjid tak prnah di halang..sampai satu masa dahulu kerajaan pernah ubah jam..bagi time bila lunch dpt juga sembahyang jemaah..ingat tak

    Reply
  • November 14, 2014 at 8:50 am
    Permalink

    Kesian… berpelajaran tapi sengal… ~

    Reply
  • November 14, 2014 at 9:46 am
    Permalink

    Ruziah shafei bukan ketua pengarah perkhidmatan awam

    Reply
  • November 14, 2014 at 10:36 am
    Permalink

    Teruskan perjuanganmu sahabat ! Jangan takut, jangan gentar, jangan berduka cita..ALLAH beserta dengan kita 🙂

    Reply
  • November 14, 2014 at 12:14 pm
    Permalink

    Kalau ditarik balik tajaan, agak-agak ada sesiapa nak taja saudara tak? Perasaan ibu bapa macam mana? Apa hukum kalau ibu bapa kecewa dan terluka?

    Reply
  • November 14, 2014 at 6:11 pm
    Permalink

    Nak jawab di akhirat? Bagus la tu. Jawab juga soalan saya sebagai seorg stakeholder duit biasiswa yg dinikmati oleh tuan presiden ni yg “ada kuasa”. Duit biasiswa yg dinikmati oleh dia dan beribu yg lain adalah dari kami, rakyat marhaen pembayar cukai. Mana tanggungjawab dia sebagai pelajar utk belajar? Apa dia ingat duit tu hak dia ke? Mana amanah dia? Jawab jangan tak jawab.

    Reply
  • November 17, 2014 at 5:48 pm
    Permalink

    Inilah yang berlaku bila anak2 kita lupa status diri sendiri. Baru dapat kuasa sikit dah macam sikudung mendapat cincin. Lupa diri dan tanggungjawab sebagai budak baru belaja. Nak makan pun orang masih tanggung lagi.. kesian kan pada ZALIM. Anda telah meletakkan diri anda ditempat terendah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.