Chong Wei dah bosan

Kuala Lumpur –  Selepas diumumkan penggantungan sementara secara rasmi oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kelmarin, Datuk Lee Chong Wei buat kali pertama mengambil keputusan turun menjalani latihan bersama skuad kebangsaan di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Chong Wei yang sebelum ini dikatakan meneruskan latihan di lokasi rahsia, menjejakkan kaki buat pertama kali di stadium berkenaan di bawah pemantauan ketua jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek.

“Saya tidak mahu komen, apa-apa tanya menteri (Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar),” katanya yang disahkan positif menggunakan bahan terlarang di Kejohanan Dunia 2014 Copenhagen Ogos lalu.

Bagaimanapun, kebanyakan pemain perseorangan negara termasuk pelapis tidak menyertai latihan berkenaan kerana ada yang mengambil bahagian di Siri Super Premier Terbuka China 2014 dan Cabaran Antarabangsa Malaysia 2014 di Kuching.

Pemain nombor satu dunia itu hanya berlatih dengan seorang pemain senior, Liew Daren dan dilihat bertukar-tukar pendapat bersama Rashid.

chong wei

CHONG Wei (kiri) hanya berlatih bersama Daren.

-myMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.