Anwar Cabar Kerajaan Lakukan Pendengaran Perincian 1MDB Secara Terbuka

Kuala Lumpur – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar kerajaan agar melakukan pendengaran secara terbuka jika serius mahu mengheretnya ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.

Menurutnya, hanya dengan cara itu perincian lanjut tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh dibahaskan secara terbuka.

Katanya, percubaan anggota parlimen BN untuk mengheretnya dan MP Petaling Jaya Utara Tony Pua ke jawatankuasa itu atas alasan “kesilapan fakta” dalam ucapan belanjawannya adalah percubaan untuk membincangkan isu 1MDB “secara tertutup”.

“Saya tiada masalah jika mereka mahu merujuk saya ke jawatankuasa itu. Malah, saya rasa ini satu peluang yang baik untuk saya dan Tony Pua melanjutkan lagi hal ini (1MDB),” kata Anwar pada sidang media di Parlimen. – MK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.