10 Orang Awam Cedera Parah, Letupan Bom Depan Restoran Makanan Segeran

Kaherah – Kira-kira 10 orang awam cedera parah apabila sebuah bom kereta meletup di hadapan sebuah restoran makanan segera di Semenanjung Sinai pada Selasa.
Letupan berlaku di bandar Arish, utara Sinai ketika pihak berkuasa sedang melancarkan operasi membanteras kumpulan militan yang dipercayai sebagai dalang insiden yang menyebabkan 33 anggota polis dan askar maut bulan lalu.
Bagaimanapun, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut.
Pihak berkuasa berkata polis telah mula meninggalkan kawasan tersebut selepas sebuah kereta curi diletakkan di situ menimbulkan rasa curiga.
Wilayah utara Sinai diletakkan dibawah perintah darurat selepas dua serangan terhadap askar dan polis dilancarkan pada 24 Oktober lalu.
Semenanjung Sinai terletak di kawasan strategik iaitu bersempadanan dengan Israel, Gaza dan Terusan Suez.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.