Sekatan Jalan Raya Sepanjang PKPB Di KL, Putrajaya Dan Selangor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksana dan menguatkuasakan sekatan jalan raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor bermula 12.01 malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata sekatan jalan raya akan diadakan di beberapa tempat di tiga negeri itu, bermula tengah malam ini.

“Perlaksanaan sekatan jalan raya ini sama seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas,

“Dan pihak PDRM Kuala Lumpur dan Selangor sedang mengatur penugasan anggota sepanjang sekatan jalan raya,” jelas beliau.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang, berkata ATM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan sekatan jalan raya seperti sebelum ini.

“ATM dan PDRM akan buat seperti yang dilakukan sebelum ini,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Dato Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Selangor, KL dan Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober jam 12.01 tengah malam.

Keputusan mengadakan PKPB seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor dibuat selepas Sidang Khas Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara membuat keputusan. -SuaratV

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat