VIDEO: Artis Perli Pengasas Produk Pamer Harta

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Sudah menjadi kebiasaan bagi individu yang berjaya seperti ahli perniagaan yang terkenal untuk mempamerkan kejayaannya lebih-lebih lagi menonjolkan harta yang dimiliki hasil dari usaha membangunkan perniagaan mereka.

Atas sikap tersebut, seorang artis Malaysia yang gemar membuat parodi atau video ‘sindiran’ atau ‘perli’, Sharifah Sakinah memuat naik satu video memerli di laman sosial Instagramnya sebagai melakonkan semula tindakan sesetengah ahli perniagaan atau pengasas produk di negara ini yang gemar menangkap gambar menayangkan rumah besar, kenderaan mahal yang banyak, aksesori badan dan sebagainya.

Sakinah dalam videonya berserta status memerli, ‘Yasss zoom out pls bagi nampak rumah i yang tiga tingkat tu.. woof woof ootd #pengasasproduct of f lupa nak letak rover kat depan tu’.

Artis-artis juga turut meninggalkan komen di video Sakinah itu dengan ayat-ayat turut sama menyindir seakan membakar lakonan Sakinah.

Ada juga turut yang turut mentertawakan Sakinah kerana berani membuat video perli itu.

Antara artis lain yang turut memerli adalah Syatilla Melvin yang menyoal Sakinah di mana beg mahalnya berjenama Birkin kerana ia harus dipamerkan ketika bergambar.

Selain itu, Catriona Ross meninggalkan komen mengatakan video Sakinah itu adalah yang terbaik kerana dia sendiri tidak gemar atau suka melihat pengasas produk mempamerkan harta dan kereta sport yang ada tanpa menyebut nama sesiapa.

Video perli Sakinah itu hingga kini ditonton lebih dari 300,000 pengikut dan menerima beratus komen dari netizen.

 

Netizen turut meninggalkan komen mengatakan video Sakinah adalah yang terbaik sebagai teguran kepada individu yang suka mempamerkan harta mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.